Anyaman tikar berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pengunaannya begitu meluas terutamanya golongan pesawah padi pada ketika itu. Antara kegunaannya ialah sebagai tikar pengalas, tempat duduk, bahan pembungkusan, alas dinding, layar membanting padi, tikar menjemur padi dan lain-lain kegunaan lagi.
Pembantu Petanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-111 Mada Tajar, Anida Endot berkata, rata-rata penduduk di Kedah menyara hidup mereka dengan tanaman padi, memandangkan hasil tanaman padi didapati tidak mencukupi maka para petani dan ahli keluarga mereka mula beralih arah kepada aktiviti anyaman tikar mengkuang. Ini adalah kerana pohon mengkuang mudah didapati dan hidup subur di sekitar sawah padi.
Menurutnya lagi, bagi tujuan menambah pendapatan isi keluarga tani, kini projek berasaskan mengkuang telah dikomersialkan oleh PPK Kawasan Aman ini. Projek ini menghasilkan produk seperti tikar mengkuang, beg seminar, frame mengkuang, cenderahati, bunga, kotak kueh, beg duit dan bekas sudu.
“Proses awal untuk menghasilkan produk kraftangan, bahan-bahan mentah dibeli dari orang-orang kampung yang berdekatan dengan harga RM8.00 sekilo. Kemudian proses mewarna mengkuang dilakukan dan dijemur hingga kering. Setelah itu,proses anyaman mengkuang dilakukan oleh orang-orang kampung yang mahir” katanya.
Beliau berkata pusat latihan ini dengan kerjasama Perbadanan Kraftangan Cawangan Kedah memberi kursus latihan seperti mewarna mengkuang, membuat anika produk, membuat beg serta latiham membuat ayaman bertulang.
Tambahnya, pusat jualan kraftangan ini terdiri daripada orang perseorangan, kumpulan dan pemborang. Barangan kraf ini juga dijual di expo-expo yang disertai seperti Hari Kraf Kebangsaan 2007 dan 2008, promosi Kraf Nusantara 2007 serta Pesta Makanan dan Kesenian Kedah di Kuala Lumpur
Pewarna mengkuang boleh didapati di mana yah? Sbb saya kena guna untuk projek seni..
ReplyDelete