Syarikat KrafTangan Mengkuang
Nama Pengusaha : Ahmad Khairul Amin & Mohd Helmi
Alamat : No 167 JLN Melati Kampung Batu 49, Dungun Terengganu.
No. Tel : 011 1992 8172 @ 013 377 5611 (Handphone) 09-845 4355 (Rumah)
Emel : mengkuang@gmail.com
Pengenalan
Satu lagi keluaran hasil tangan tradisional ialah daun mengkuang. Anyaman seni daun mengkuang ini dengan pelbagai warna menjadi sangat menarik untuk di perhiasan.Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.
Kami menyediakan produk kraf tangan yang berkonsepkan produk barangan perhiasan berasaskan buluh, rotan dan mengkuang. Penghasilan bahan-bahan asli ini dicanang dalam pelbagai bentuk dan dekorasi bermotifkan tradisional mahupun gaya moden.
Produk KrafTangan Mengkuang telah berjaya menguasai pasaran dalam menghasilkan produk tradisional dan sesuai untuk semua golongan masyarakat.Produk KrafTangan Mengkuang pernah memenangi Anugerah Produk Terbaik pada tahun 2006.
saya syeikh Zainal Muzium Nabawiah Malaysia ingin bertemu dengan pemilik Kraftangan Mengkuang.Tuan Ahmad Khairul Amin di Kl untuk tujuan menggunakan produk tikar mengkuang sebagai kanvas lukisan Khat Nabawiah.
ReplyDelete